SEJARAH 7F

Kerepek House 7f


Latar belakang syarikat:
    Syarikat Fazz Enterprise telah ditubuhkan oleh En. Haji Mahmudin Bin Abas di Kanchong Darat, Banting pada 24 Febuari 1983 sebagai pengilang memproses makanan ringan. Nama Fazz (7F) diambil sempena nama anak - anak. Kilang ini pada mulanya beroperasi di sebuah bengkel kecil di belakang rumah kediaman dengan memproses secara kecil-kecilan produk yang berasaskan ubi kayu, pisang tanduk dan keledek sahaja. Setelah produk-produk mendapat sambutan di pasaran barulah perniagaan ini diceburi secara serius dengan memperbesarkan lagi kilang memproses dan membuat penambahan pada jenis produk seperti sukun dan keladi. Dalam memenuhi permintaan dan kos pengeluaran yang semakin meningkat En. Mahmudin telah mencari inisiatif dalam menangani masalah tersebut dengan membuat lakaran dan menghasilkan mesin pemotong dan penggoreng yang baru.
 
    Permintaan produk tidak tertumpu pada pasaran domestik sahaja kerana pada 1995 hingga 2001 produk tersebut berjaya menembusi pasaran luar seperti  German, United kingdom, Singapura dan Australia. Tetapi di atas kurangnya bekalan mentah dan permintaan yang semakin tinggi di pasaran domestik telah menyebabkan pemasaran ke luar negara terpaksa diberhentikan.  Pada tahun 2000, sebuah kedai pameran telah dibina di tapak yang berlainan untuk tujuan pemasaran domestik di bawah jenama KEREPEK HOUSE.  Kini pasaran produk tersebut telah merangkumi hampir seluruh Malaysia terutamanya di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Dalam memastikan produk dapat diedarkan, syarikat telah membeli 2 buah lori 3 tan untuk tujuan penghantaran produk ke serata tempat di semenanjung Malaysia.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More