Kerepek House 7f
 	Latar belakang syarikat:
    	 	Syarikat Fazz Enterprise telah ditubuhkan oleh En. Haji  	Mahmudin Bin Abas di Kanchong Darat, Banting pada 24 Febuari 1983 sebagai  	pengilang memproses makanan ringan.  	Nama Fazz (7F) diambil sempena nama anak - anak. 	 	Kilang ini pada mulanya beroperasi di  	sebuah bengkel kecil di belakang rumah kediaman dengan memproses secara  	kecil-kecilan produk yang berasaskan ubi kayu, pisang tanduk dan keledek  	sahaja. Setelah produk-produk mendapat sambutan di pasaran barulah  	perniagaan ini diceburi secara serius dengan memperbesarkan lagi kilang  	memproses dan membuat penambahan pada jenis produk seperti sukun dan keladi. 	 	 	Dalam memenuhi permintaan dan kos pengeluaran yang semakin  	meningkat En. Mahmudin telah mencari inisiatif dalam menangani masalah  	tersebut dengan membuat lakaran dan menghasilkan mesin pemotong dan  	penggoreng yang baru.
  	
     	Permintaan produk tidak tertumpu pada pasaran domestik sahaja kerana pada  	1995 hingga 2001 produk tersebut berjaya menembusi pasaran luar seperti   	German, United kingdom, Singapura dan Australia. Tetapi di atas kurangnya  	bekalan mentah dan permintaan yang semakin tinggi di pasaran domestik telah  	menyebabkan pemasaran ke luar negara terpaksa diberhentikan.  Pada tahun  	2000, sebuah kedai pameran telah dibina di tapak yang berlainan untuk tujuan  	pemasaran domestik di bawah jenama KEREPEK HOUSE.  Kini pasaran produk  	tersebut telah merangkumi hampir seluruh Malaysia terutamanya di Lembah  	Klang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Dalam memastikan produk dapat  	diedarkan, syarikat telah membeli 2 buah lori 3 tan untuk tujuan  	penghantaran produk ke serata tempat di semenanjung Malaysia.



